Syarat Permohonan

MAKLUMAN UTAMA
  1. Pemohon mestilah menepati syarat-syarat permohonan
  2. Permohonan hanya sekali dan perlu dilakukan secara atas talian (online)
  3. Sila pastikan Sijil Nikah atau Sijil Pendaftaran Kahwin telah di sediakan sebelum mengisi borang
  4. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan
  5. Sebarang rayuan tidak akan diterima
  6. Setiap permohonan IPB adalah secara individu dan permohonan perlu dibuat secara berasingan bagi pasangan suami isteri yang layak
SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor ATAU;
  3. Lahir di luar Negeri Selangor DAN
    1. Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
    2. Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
  4. Berumur 35 tahun ke bawah sewaktu permohonan dibuat.
  5. Perkahwinan kali pertama sahaja

Berkuatkuasa pada 1 September 2018, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) TIDAK lagi menerima sebarang permohonan Insentif Perkahwinan Belia (IPB).

Ini lanjutan daripada proses penyelarasan semula program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Sehubungan itu, bagi permohonan yang belum melebihi tempoh 1 tahun dari tarikh nikah/daftar kahwin dan masih belum menghantar dokumen sokongan yang lengkap ke pejabat YAWAS, pemohon dikehendaki untuk segera berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 NOVEMBER 2018.

Kelewatan penghantaran dokumen atau dokumen yang telah dihantar tidak lengkap selepas tarikh tersebut akan ditolak.

Harap maklum.
DOKUMEN SOKONGAN YANG WAJIB DIHANTAR
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
  3. Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
  4. Borang Pengesahan Mastautin (bagi pemohon bukan kelahiran Selangor)
    * Anda perlu menggunakan borang yang dikeluarkan oleh YAWAS sahaja. Borang boleh didapati setelah mendaftar online dan dicetak bersama borang permohonan
CARA PENGHANTARAN DOKUMEN
  1. Serah di Pejabat YAWAS
  2. Pusat Khidmat Masyarakat DUN terdekat
  3. Kaunter YAWAS di JPN terpilih