Sila baca Syarat-Syarat dengan teliti.

PEMAKLUMAN
Berkuatkuasa tahun 2017, insentif bernilai RM500.00 bagi program IPB akan disalurkan sepenuhnya menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN.
*Tabung Haji tidak digunakan lagi.
*PERMOHONAN HANYA SEKALI DAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA.
*DOKUMEN SOKONGAN YANG LENGKAP PERLU SAMPAI KE PEJABAT YAWAS SEBELUM GENAP 3 BULAN DARI TARIKH NIKAH/DAFTAR KAHWIN. LEWAT ATAU TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
*SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN.

Syarat-Syarat Permohonan
Syarat-syarat adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor ATAU;
  3. Lahir di luar Negeri Selangor mestilah bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun
    1. Alamat Mykad mestilah dalam Selangor DAN
    2. Bersekolah di dalam Selangor
  4. Berumur 35 tahun ke bawah
  5. Perkahwinan kali pertama sahaja
  6. Permohonan terbuka dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi bukan Islam)
  7. Tarikh tutup pendaftaran online dan penghantaran dokumen yang lengkap adalah sebelum genap 3 bulan daripada tarikh nikah / daftar perkahwinan

Dokumen Diperlukan.
Setiap permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan WAJIB mengemukakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
  3. Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
  4. Pemohon bukan kelahiran Selangor:
    1. Cop pengesahan mastautin (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid); DAN
    2. Satu salinan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah(Dalam Selangor)
    3. Alamat dalam Mykad mestilah dalam Selangor

Anda WAJIB menghantar borang permohonan berserta salinan dokumen sokongan yang lengkap menerusi cara berikut sahaja, selain daripada itu, YAWAS tidak akan bertanggungjawab jika borang tidak sampai atau lambat.

  1. POS atau serah sendiri ke Pejabat YAWAS
  2. Pejabat PKM DUN Selangor berhampiran anda